5 Hari 4 Malam Pada 10 May 2012 - 14 May 2012
BERCUTI SAMBIL MENCARI PELUANG PERNIAGAAN
5hari 4malam
Pengenalan Ringkas Guangzhou China:
Guangzhou adalah bandar ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai.
Mengapa di China?
Objektif :
Memberi pengetahuan tentang selok-belok cara perniagaan di China dan memilih barangan yang tertentu yang mempunyai prospek pasaran di Malaysia
Menyediakan perkhidmatan “Shipping” dan kurier, dan memudahkan usahawan mudah membawa barangan yang dibeli ke Malaysia.
Memberi idea perniagaan yang bernas dan membentuk usahawan yang berdaya maju sepanjang lawatan.
Membentuk usahawan yang berdikari yang akan ke sendiri China untuk berurusan borong dan mendapatkan yang lebih murah.
Antara barangan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia:
Pakaian dewasa – Pakaian berjenama seperti Hugo Boss, Polo Ralph Lauren, Paul Smith, Ed Hardy, AX Armani dan etc. Blouse, skirt, baju tidur dan etc
Pakaian kanak-kanak- Jenama seperti Gap, Guess, Oshkosh, Thomas and friend, Crocs, Mothercare, Burberry London, Zara and etc
Aksesori dan perhiasan-Rantai, gelang, pengikat rambut, subang dan segala macam perhiasan wanita.
Beg dan barangan kulit- Beg berjenama Guci, Salvatore faragamo, Coach, Cannel, Ralph Lauren, Aigner & etc
Barangan gajet dan elektrik – Pendrive,HP berjenama , gajet-gajet kereta, PSP dan etc
HARI PERTAMA
Di sebelah malam, peserta akan dibawa ke salah sebuah restoran HALAL yang terkenal di Guangzhou untuk makan malam.
HARI KEDUA
Selepas bersarapan di bilik masing-masing, peserta berkumpul di lobi hotel. Destinasi hari kedua adalah ke plaza yang menjual pelbagai gajet dan alatan elektronik seperti handphone, gajet permainan, Al-Quran Digital dan sebagainya. Peserta diberi masa untuk membeli-belah di sini sehingga masuk waktu sembahyang Jumaat.
Seterusnya, peserta akan dibawa ke Masjid Huaisheng, iaitu antara masjid yang tertua di Guangzhou untuk menunaikan Solat Jumaat. Selepas solat, peserta akan dibawa ke Maqam Saad bin Abi Waqqas.
Sesi bersambung ke Plaza Pakaian Kanak-Kanak yang menjual pelbagai pakaian untuk kanak-kanak seperti jeans, dress, T-Shirt, Flower Girl Dress dan aksesori untuk kanak-kanak.
Sebelah malam, peserta akan dibawa ke Beijing Road yang sentiasa meriah terutama pada sebelah malam. Di samping menjamu selera, peserta berpeluang untuk membeli belah dan bersiar-siar di kawasan sekitar.
HARI KETIGA
Selepas bersarapan di bilik masing-masing, peserta berkumpul di lobi hotel. Destinasi seterusnya adalah ke Guangzhou Railway Station. Di sini terdapat banyak plaza-plaza yang menjual pakaian wanita serta lelaki. Antaranya adalah Bai Ma Plaza, Tian Ma Plaza, First Tunnel, Hui Mei Plaza, Zan Xi Fashion Plaza, Li Hua Plaza dan Jingdu Plaza.Selepas makan malam, peserta akan dibawa bersiar-siar ke Pearl River untuk menikmati keindahan malam di Guangzhou. Peserta boleh memilih untuk menaiki cruise selama satu jam setengah atau bersiar-siar di kawasan sekitar.
HARI KEEMPAT
Selepas bersarapan, peserta akan dibawa ke plaza yang menjual segala jenis fabrik, mesin jahit, aksesori jahitan dan langsir.
Sesi bersambung ke Plaza Barangan Kulit yang merupakan 'syurga barangan kulit' seperti handbag dan kasut di Guangzhou.
Untuk makan malam, peserta akan dibawa ke restoran HALAL yang terdapat di sana.
HARI KELIMA
berubah adalah harga tiket pernerbangan. Semakin dekat dengan tarikh ke Guangzhou, tiket menjadi semakin mahal. Dinasihatkan kepada perserta yang berhasrat untuk ke Guangzhou hendaklah buat tempahan seawal yang boleh, seelok-eloknya dua atau 3 bulan lebih awal sebelum tarikh berlepas. Harga tiket adalah sekitar RM700-RM1200, pergi dan balik. ( LCCT KL - GUANGZHOU - LCCT KL )
Perbelanjaan lain yang perlu disediakan adalah untuk makan tengahari dan modal untuk membeli produk-produk dari China. Makan pagi biasanya kami galakkan peserta membawa roti / kek / biskut / mee maggi dan bersarapan siap-siap di bilik hotel masing-masing. Selain daripada itu, semuanya telah termasuk di dalam kos RM1450/pax.
1) Penginapan 5 Hari 4 Malam di hotel bertaraf 4 bintang di Kota Guangzhou China.
2) Makan Malam
3) Visa
4) Yang Cheng Tong (Metro Smart Card - utk pengangkutan di Guangzhou)
** Untuk tiket penerbangan, peserta boleh memilih samada ingin menempah sendiri tiket penerbangan (dapatkan maklumat masa penerbangan dari kami terlebih dahulu) ATAU menggunakan khidmat kami untuk membuat tempahan tanpa sebarang bayaran tambahan. Apa yang perlu anda buat hanya emailkan butiran perbadi di bawah ini. Selepas kami terima email dari anda berserta matlumat yang diberi , pihak kami akan hantar sebut harga pakej ke guangzhou kepada anda.
1. Nama perserta.
2. No passport antarabangsa.
3. No telipon untuk dihubungi.
4. Alamat kediaman.
5. Bilangan perserta.
Pakej Lawatan & Borong ini diurus oleh USEN MANAGEMENT & CONSULTANCY
Berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut untuk tempahan sila hubungi:-
usen - 013-4354930
Shahran - 019-4773312
omar - 019-4745
sila isi form di bawah ini :-
Insyaalah kami akan jawap secepat mungkin yang boleh.
No comments:
Post a Comment